Kisah sebelum PKP, Mak saudara saya call nak singgah bermalam kat rumah.
Saya pulak tiada di rumah kerana ada urusan di KL, hanya anak bini kat rumah.
So, saya call bini cakap, mak saudara dan keluarganya nak tumpang tidur rumah kita dua hari satu malam, sila layan mereka macam layan arwah mak.
Cerita ni dah lama.
Tapi bila saya sempat berkunjung ke rumah mak saudara, pelan pelan mak saudara puji bini secara berbisik.
“bining mung baik orangnya mekar, untung mung, dia layan mok cik macang mok dia sendiri”
Saya rasa pujian tu biasa sajer, semua bini orang lain pun macam tu, tapi ntah kenapa, setiap kali orang puji bini secara berbisik, saya akan jatuh cinta pada bini berkali kali.
Ops, cerita ini bukan kisah: “bini saya yang baik” tapi cerita ini kisah “bagaimana nak buat suami jatuh cinta berkali-kali”
Kepada ibu ibu diluar sana, sila take note, ini agak deep.
Woha!
(Gambar petikan buku Kisah laki bini oleh Hamka (Kereta Mayat)